Berita Terkini

PROGRAM ANTI RASUAH DAN MAJLIS IBR SPRM NEGERI SELANGOR BERSAMA AVISENA GROUP

SHAH ALAM, 16 Mac  - SPRM Negeri Selangor mengadakan Program Anti Rasuah dan Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bersama Avisena Group bertempat di Avisena Women’s & Children’s Specialist Hospital Seksyen 14 Shah Alam, Selangor.

Program dimulakan dengan taklimat kesalahan-kesalahan di bawah Akta SPRM 2009 disampaikan oleh PPj Azuan bin Adzhar, Ketua Unit Pemeriksaan dan Perundingan SPRM Negeri Selangor.

Program ini diteruskan dengan majlis melafaz dan menandatangani  IBR yang diketuai oleh Puan Elisa Nadia binti Dato’ Dr Omar, Ketua Kumpulan Pengurusan Sumber Manusia, Undang-Undang & Pengurusan Risiko disaksikan PKPj Ridzuan bin Abd Malik, Timbalan Pengarah Pencegahan SPRM Selangor.

Turut hadir dalam program ini adalah Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Avisena Group Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof, Timbalan Pengerusi Avisena Group Dato’ Dr Omar bin Abd Hamid, Ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan Tertinggi, Pengurusan Kanan serta 50 orang kakitangan Avisena Group.



Hit : 1795