Berita Terkini

SPRM GESA JKR TERUS AMALKAN TATA KELOLA YANG BAIK DALAM PENGURUSAN PROJEK

KUALA LUMPUR, 15 Mac - SPRM menggesa Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam memperkasa tata kelola yang baik dalam pengurusan projek seliaan JKR serta membantu menyebarluas mesej antirasuah kepada warga JKR seluruh Malaysia. 

Perkongsian tersebut dinyatakan oleh Ketua Seksyen Kerajaan PenMas, PPj Mohamad Izam Abd Nasir dalam taklimat bersama 50 peserta Duta Integriti JKR dari seluruh Malaysia sempena Mesyuarat Bahagian Integriti JKR.

Kupasan topik menyentuh isu rasuah dalam perolehan dan pengurusan projek yang sering berlaku dalam JKR selain kajian kes berdasarkan penemuan siasatan SPRM.

Terdahulu, Ketua Bahagian Integriti JKR, Encik Mohd Nizam Din menyampaikan taklimat mengenai peranan dan fungsi Bahagian Integriti JKR dan isu-isu yang pernah dilaporkan untuk siasatan dalaman mereka. Sesi diakhiri dengan dialog dan kupasan soalan berkaitan hadiah, sumbangan, pengubahan wang haram dan kartel projek.


Hit : 1835