Berita IBR

MAJLIS LAFAZ DAN MENANDATANGANI IBR DAN PROGRAM TOWN HALL BERSAMA KTMB WILAYAH UTARA

BUKIT MERTAJAM, 14 Mac – Telah berlangsung Majlis Lafaz dan Menandatangani IBR dan Program Town Hall bersama Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Wilayah Utara disertai 100 orang warga kerjanya bertempat di Kompleks KTMB Wilayah Utara, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Lafaz ikrar diketuai Encik Rezduan Abdullah, Pengurus KTMB Wilayah Utara dan disaksikan oleh PKPj Chin Chen Huat, Timbalan Pengarah Pencegahan SPRM Pulau Pinang

Dalam majlis ini juga, PsK Fairos Danial Mazlan, Ketua Integriti KTMB turut menyampaikan ceramah berhubung “Antirasuah dan Akta SPRM 2009” sebagai langkah pencegahan kepada semua warga kerja KTMB Wilayah Utara supaya menolak segala bentuk jenayah rasuah ketika melaksanakan tugas yang diamanahkan.


Hit : 1312