Berita Terkini

MAJLIS IKRAR BEBAS RASUAH DBKL

KUALA LUMPUR, 14 Mac 2023 - SPRM mendekati Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam usaha menyebarluas mesej antirasuah dalam penguatkuasaan dan perolehan melalui beberapa siri program antirasuah mensasarkan 9,000 warganya.

Program dimulakan dengan sesi perkongsian “Telunjuk Lurus, Kelingking Berkait” oleh bekas pesalah rasuah, Md Shahrizal Che Dan sebelum acara diteruskan dengan Majlis Ikrar Bebas Rasuah.

Lafaz ikrar telah dipimpin oleh Datuk Bandar DBKL, Datuk Seri Mahadi Che Ngah diikuti 150 warganya termasuk tiga Pengarah Eksekutif dan Pengarah-Pengarah Bahagian. Pengarah Bahagian Pendidikan  Masyarakat SPRM, Datuk Razim bin Mohd Noor hadir sebagai saksi majlis berkenaan.

Terdahulu, Datuk Seri Mahadi dalam ucapannya menggesa Ketua-Ketua Jabatan di DBKL menunjukkan teladan yang baik kepada pegawai-pegawai agar tidak terlibat dengan rasuah. DBKL juga sedang dalam usaha mendapatkan pengiktirafan ABMS 37001 sebagai salah satu usaha serius memperkemaskan proses kerja dan tatakelola ke arah pentadbiran cemerlang dan berintegriti. 


Hit : 1956