Berita IBR

SPRM Bantu Uda Holdings Berhad Dalam Usaha Perangi Rasuah

KUALALUMPUR, 13 Februari – UDA Holdings Berhad telah mengadakan Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dalam usaha meningkatkan integriti dan menzahirkan komitmen warga UDA Holdings Berhad bebas gejala rasuah.

UDA Holdings Berhad  ialah sebuah syarikat berfungsi untuk melancarkan dan menyelia projek pembangunan bandar yang berkaitan dengan perniagaan, industri dan perumahan. Ia juga ditugaskan untuk membangunkan infrastruktur bandar.Selepas menjalani beberapa perubahan status, ia kini wujud sebagai UDA Holdings Berhad, sebuah syarikat tersenarai awam.

Majlis yang berlangsung di Pejabat UDA Holdings Berhad di sini diketuai oleh Datuk Sr Mohd Salim Kailany, Ketua Pegawai Eksekutif UDA Holdings Berhad yang disaksikan oleh PKPj Ab Muneim Bin Ibrahim.

Selaras dengan kebersamaan UDA Holdings Berhad dengan SPRM dalam membanteras rasuah disegenap lapisan organisasi, Datuk Sr Mohd Salim Kailany dalam ucapannya menyatakan “Ikrar ini merupakan satu komitmen warga Kumpulan UDA dan disaksikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi penekanan dan meningkatkan iltizam bagi menjauhi penyalahgunaan kuasa dan rasuah.

IBR memberikan penekanan secara ikrar dan janji yang dibuat oleh para kepimpinan organisasi dan warga Kumpulan UDA secara sukarela agar sentiasa komited dan lebih bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasan seharian. Ia juga dilaksanakan di pelbagai Kementerian, Jabatan dan Agensi di seluruh negara.”Beliau juga turut mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM ) atas kesudian meluangkan masa dan tenaga bagi menjayakan  program antirasuah dan Majlis IBR tersebut.

Setelah selesai IBR dilaksanakan, Forum Integriti yang bertajuk “Berilmu tanpa Integriti. Kemanakah Kita?” telah dilaksanakan yang menampilkan Che Puan Sarimah Ibrahim sebagai moderator dan barisan panel yang terdiri daripada PKPj Mohd Nur Lokman Samingan, Ketua Seksyen Pendidikan Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, Tn Hatta Hashom, Pengarah Urusan Hatta Hash Consultancy dan Puan Rokiah Alias  daripada  Perlaburan Hartanah Berhad  (PHB).


Hit : 1252