
SPRM Negeri Selangor Anjur Program Taklimat Dan Dialog Antirasuah Mahasiswa Universiti Selangor (UNISEL)
SHAH ALAM, 8 Februari – Unit Pendidikan Masyarakat SPRM Negeri Selangor telah mengadakan sesi taklimat dan dialog bersama Mahasiswa UNISEL yang mengambil Kursus 3352 Integriti Dan Anti-Rasuah(KIAR).
Lawatan UNISEL telah dihadiri oleh seramai 38 orang mahasisiwa yang diiringi oleh Encik Mohd Arif bin Mat Norman, pensyarah merangkap Timbalan Pengarah Unit Tadbir Urus Korporat Dan Integriti UNISEL Shah Alam bersama Encik Badli Shah, pensyarah dari UNISEL kampus utama Bestari Jaya.
Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh PPj Muhamad Firdaus bin Musa, Ketua Unit Pendidikan Masyarakat Negeri Selangor yang menekankan agar mahasiswa menjauhi perbuatan jenayah rasuah dengan memperkukuhkan nilai integriti.
Program juga diisi dengan sesi taklimat "Kesalahan-Kesalahan Di Bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694)" oleh Ps Mohamad Izzat bin Mohd Noor. Turut diadakan adalah sesi soal jawab bersama mahasiswa UNISEL dan serahan bahan kempen. Mahasiswa UNISEL juga dibawa melawat ke fasiliti SPRM Negeri Selangor.
Objektif program ini adalah bagi memberikan pendedahan kepada para mahasiswa terhadap undang-undang pencegahan rasuah di Malaysia serta fungsi dan peranan SPRM dalam menguatkuasakan Akta SPRM 2009.