Berita Terkini

SPRM Dekati RasuahBusters Dalam Memerangi Rasuah Di Kalangan Masyarakat Malaysia

PUTRAJAYA, 8 Februari - Satu Kunjungan Hormat oleh Sekretariat RasuahBusters kepada Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat (PenMas) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Razim Mohd Noor telah diadakan di sini semalam. Kunjungan hormat pada kali ini adalah bertujuan untuk membincangkan cadangan kolaborasi penganjuran program antirasuah secara holistik bagi tahun 2023.

Hasil daripada perbincangan, kedua-dua pihak bersetuju untuk melaksanakan program-program antirasuah dengan kerjasama SPRM dan hampir 400 NGO yang bergabung di bawah RasuahBusters seluruh Malaysia.

Antara program yang akan dilaksanakan adalah memfokus secara langsung ke arah usaha memerangi rasuah di kalangan masyarakat melalui Seminar, Forum, Ceramah, Lawatan, Ground Activation (Turun Padang) dan Training of Trainers (TOT).

Kunjungan Hormat pada kali ini diketuai oleh Ketua Eksekutif RasuahBusters, Norhayati Nordin. Hadir sama beberapa orang wakil dari RasuahBusters. Turut hadir Ketua Cawangan Sosiobudaya dan Politik (CSBP) PenMas, SPRM, PKPj. Ramli Hassan serta pegawai-pegawai dari CSBP.

Hit : 1926