Berita Menarik

Rasuah: Penolong pegawai perubatan direman

TEMERLOH - Seorang penolong pegawai perubatan ditahan bagi membantu siasatan kerana disyaki menerima suapan berjumlah RM17,859 antara tahun 2021 hingga 2022 bagi urusan berkaitan pengurusan jenazah direman tujuh hari bermula Rabu.

Perintah reman sehingga 14 Februari ini dikeluarkan Majistret Mohamed Shah Reza Noot Azman susulan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Temerloh pada Rabu.

Lelaki berusia 57 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Cawangan Temerloh ketika hadir memberi keterangan berkaitan kes tersebut pada Selasa.

Suspek yang bertugas di Unit Perubatan Forensik di sebuah hospital dipercayai menerima wang suapan sebanyak RM17,859.00 daripada ejen-ejen pengurus jenazah sabagai balasan untuk mendapatkan kerja-kerja pengurusan jenazah di hospital terbabit.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Sumber : Sinar Harian


Hit : 1075