Berita IBR

Jabatan Perikanan Malaysia Komited Mencegah Rasuah Secara Berterusan

PUTRAJAYA, 31 Januari - Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) memgambil inisiatif awal dengan mengadakan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) di Dewan Arowana, Aras 6 Wisma Tani di sini, hari ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) DOF, Tuan Haji Wan Muhammad Aznan Abdullah mengetuai lafaz ikrar diikuti seramai 150 pegawai DOF secara bersemuka dan 500 warganya secara atas talian di seluruh negara.

Majlis disaksikan oleh Ketua Cawangan Kerajaan (CKA), PKPj Samsul Salip mewakili Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat (PenMas), SPRM.

CKA turut mengadakan perbincangan program lanjutan dengan Ketua Unit Integriti DOF, Puan Suhaila Sulaiman mengenai isu-isu rasuah yang berlaku melibatkan Pegawai Penguatkuasa DOF  dan perancangan program melibatkan siri dialog dan bengkel Ketua Daerah Perikanan (KDP) dan Ketua Pangkalan melibatkan isu-isu penguatkuasaan dan perlesenan.


Hit : 1283