Berita Terkini

Kunjungan Hormat SPRM Ke Jabatan Pengangkutan Jalan Ibu Pejabat

PUTRAJAYA, 26 Januari – Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia, Tuan Aedy Fadly bin Ramli telah menerima kunjungan hormat daripada YBhg. Datuk TPj Izani bin Wan Ishak, Pengarah Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan SPRM. Turut hadir bersama KPKPj Awgkok Ahmad Taufiq Putra bin Awg Ismail, Pengarah SPRM Negeri Sembilan, En. Azrin Bin Borhan, Pengarah Bahagian Pelesenan Pemandu, En. Hasbilah Bin Mohamad Salleh, Pengarah Bahagian Integriti dan Tn. Hanif Yusabra Yusuf, Pengarah JPJ Negeri Sembilan.

Kunjungan hormat ini diadakan adalah bertujuan untuk bertukar pandangan dan berkongsi pengalaman serta membincangkan kerjasama yang boleh diwujudkan bagi meningkatkan tadbir urus kawalan dalaman dan tahap integriti warga JPJ. Semoga kunjungan hormat ini akan dapat mengeratkan lagi hubungan JPJ dan SPRM untuk penambahbaikan dan keberkesanan tadbir urus jabatan. Sesi kunjungan hormat ini diakhiri dengan acara penyampaian cenderahati dan sesi bergambar.

#RasuahDihinaMaruahDibina

Hit : 2446