Kolumnis@SPRM

Mulakan Tahun Baru Dengan Penuh Iltizam

Oleh :

Tan Sri Dato’ Sri Hj Azam bin Baki

Ketua Pesuruhjaya

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)


Melangkah ke Tahun Baru 2023, negara kita juga telah menerima pembentukan Kerajaan Perpaduan baharu pasca Pilihanraya Umum Ke-15 pada bulan November yang lalu.

 

Perubahan kepada landskap politik dan kepimpinan pentadbiran negara ini akan dapat memacu hala tuju sektor awam ke arah pencapaian dan perkhidmatan yang lebih efisien dan cemerlang.

 

SPRM selaku agensi penguat kuasa antirasuah yang bebas, telus dan profesional, waima apa jua perubahan yang berlaku, perlu terus teguh menunaikan fungsinya bagi memastikan impak yang positif ke arah mewujudkan masyarakat Malaysia yang bebas daripada rasuah, selaras dengan visi yang telah ditetapkan.

 

Justeru, semua pihak khususnya warga SPRM diseru agar dapat memulakan tahun baru 2023 ini dengan penuh semangat dan iltizam yang tinggi untuk terus melakar kejayaan dalam bidang tugas masing-masing, walau apa jua cabaran getir yang bakal dilalui.

 

Sebagai sebuah agensi antirasuah utama di negara ini, SPRM perlu peka dengan keadaan ekonomi dan isu-isu yang membelenggu rakyat akibat rasuah dan salahguna kuasa. SPRM perlu bersama merungkai dan menyelesaikan masalah-masalah yang timbul dalam negara ini kerana rakyat yang terkesan amat berharap kepada keberkesanan tindakan kita.

 

lsu food security, kartel dalam perolehan, adalah antara isu yang menjadi rungutan rakyat yang perlu kita cari jalan penyelesaiannya. Harta rakyat dalam bentuk subsidi seperti minyak masak, diesel, gula, tepung diseludup ke luar negara dengan berleluasa. lsu judi online telah mula merebak kembali dan termasuk juga penyeludupan rokok ke negara kita.

 

Rasuah dalam penguatkuasaan juga masih lagi menjadi igauan rakyat dan SPRM perlu berfikir apakah tindakan yang lepas sudah mencukupi untuk mengurangkan masalah ini.

 

Ini kerana pihak penguat kuasa merupakan front liners kepada negara ini dan imej negara akan tercalar dengan teruk akibat daripada tindakan pihak penguat kuasa yang terlibat dalam rasuah dan salahguna kuasa.

 

Oleh yang demikian, kaedah-kaedah yang lebih berkesan seperti mewujudkan siasatan Task Force dengan agensi-agensi lain bagi menangani isu syndicated crime dan penggunaan kaedah proactive investigation perlu dipergiatkan.

 

Penjenayah-penjenayah bukan sahaja perlu dibawa ke muka pengadilan tetapi harta-harta yang diperolehi secara jenayah perlu dirampas dan dikembalikan kepada rakyat. Mereka perlu dibangkrapkan and we should not allow them to enjoy the illegal proceed they gained from their illegal activities.

 

Tindakan pengesanan pegawai­pegawai kerajaan yang terlibat dengan rasuah dan salahguna kuasa juga perlu digemblengkan. Mereka inilah juga yang berkompromi dengan pihak sindiket bagi merompak harta-harta negara. Hasil mahsul negara berkurangan akibat perbuatan mereka ini yang tidak bertanggungjawab dan menjadi pengkhianat kepada negara.

 

Justeru, strategi SPRM dalam memerangi rasuah dan salahguna kuasa iaitu mengurangkan ketirisan dan tiga sektor rasuah masih lagi relevan, Namun demikian SPRM tidak boleh duduk ditakuk yang lama. Kaedah­kaedah baru dalam penyiasatan, perisikan, pencegahan dan juga pendidikan masyarakat perlu dilihat semula atau diperbaharui.

 

Oleh yang demikian upskilling pegawai perlu dilakukan segera dengan mengamalkan konsep “Kita Sudah Tiada Masa” atau “Kita Sudah Kesuntukan Masa”. Maknanya disini, tiada masa yang perlu dibuang dalam meningkatkan keupayaan dalam menjalankan tugas. Tugas SPRM makin mencabar dan semakin kompleks. SPRM tidak boleh ketinggalan dalam perkembangan arus perubahan negara ini.

 

Kursus-kursus dalaman dan luar negara akan dipergiatkan bagi meningkat kecekapan pegawai. Peralatan-peralatan teknikal perlu diperbaharui. Bahagian Forensik perlu diperkasakan, pengetahuan pegawai dalam bidang pencegahan bagi melihat isu tadbir urus yang baik dijalankan di sektor awam dan Syarikat Berkepentingan Kerajaan (SBK) harus dilipat gandakan.


Selain itu, organisasi di sektor awam atau SBK hendaklah dipastikan melaksanakan tadbir urus yang baik apabila SPRM telah membuat  dapatan  dan  laporan  hasil  daripada pemeriksaan yang dijalankan. Tindakan penalising the top management for not complying the advice given by MACC is very pertinent.

 

Jika tidak, kita akan buat kerja yang merugikan masa dan yang terkesan adalah masyarakat. Pendidikan masyarakat perlu lebih berkesan dalam menyampaikan mesej kepada masyarakat terutamanya golongan sasar.

 

Dalam pada itu, SPRM harus mengemblengkan lebih tenaga ke atas pelajar-pelajar sekolah dan penuntut-penuntut universiti kerana mereka adalah future generation yang kini terdedah kepada pelbagai input yang perlu diperbetulkan.

 

Kaedah penyampaian atau outreach perlu lebih simple agar mereka mudah faham dengan mesej antirasuah yang hendak disampaikan. Tidak perlu banyak tetapi berkesan, umpama kalau penumbuk hanya sekali tetapi lawan itu tumbang daripada pukulan bertalu-talu tetapi lawan tetap teguh.

 

Selain Sektor Operasi dan Pencegahan SPRM, Sektor Pengurusan & Profesionalisme merupakan sektor yang amat penting dalam menyediakan asas yang kukuh bagi pelaksanaan fungsi SPRM agar dapat berjalan dengan lancar dan teratur. Sektor ini juga sentiasa komited dalam mengoptimumkan keberkesanan dan kecekapan pengurusan kapasiti dan pembangunan kapabiliti seluruh warga SPRM.

 

Fokus utama sektor Pengurusan & Profesionalisme pada tahun 2023 adalah untuk memastikan perbelanjaan peruntukan SPRM secara berhemah, pemerkasaan pengurusan prestasi dan audit, pemantapan sumber manusia, pembangunan program akademik berakreditasi, pengukuhan integriti warga SPRM, peningkatan kawalan keselamatan serta memperluas jaringan kerjasama SPRM di peringkat antarabangsa.

 

Sebagai pemimpin yang mengemudi Suruhanjaya ini di lautan cabaran yang penuh liku, besar harapan untuk melihat SPRM terus maju dan disegani atas kejayaan-kejayaan yang telah dicapai dan bakal dilakar pada masa akan datang.


Hit : 1942