Berita Terkini

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Pahang Sepakat Angkat Ikrar Bebas Rasuah Tahun 2023

KUANTAN, 19 Januari  – SPRM Negeri Pahang dijemput untuk menjadi saksi majlis melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bertempat di Auditorium Maritim Negeri Pahang. Majlis ini melibatkan seramai 80 orang pegawai dan kakitangan APMM Negeri Pahang.

Sebelum itu, KPKPs Mohamad Bin Hussain daripada Unit Pendidikan Masyarakat SPRM Negeri Pahang dijemput menyampaikan satu taklimat pencegahan rasuah. Dalam taklimat tersebut, beberapa contoh kesalahan rasuah dan kaedah melaporkan rasuah telah diterangkan kepada peserta.

Lafaz ikrar dipimpin oleh Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh, Pengarah APMM Negeri Pahang dan disaksikan oleh PPj Shazleen binti Md Noh, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Negeri Pahang.

#RasuahDihinaMaruahDibina


Hit : 183