Berita Terkini

Program Taklimat Dan Dialog Antirasuah Dalam Perolehan Organisasi Swasta Syarikat Mitsubishi Elevator Malaysia Sdn Bhd Bersama Sprm Negeri Selangor

PETALING JAYA, 17 Januari – Bagi membudayakan amalan kerja tanpa rasuah dalam perolehan organisasi swasta, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Selangor dengan kerjasama Mitsubishi Elevator Malaysia Sdn Bhd telah mengadakan Program Taklimat Dan Dialog Antirasuah Dalam Perolehan Organisasi Swasta bertempat di bilik mesyuarat Mitsubishi Elevator Malaysia Sdn Bhd, Petaling jaya.

Fokus program yang dianjurkan ini adalah penerangan dan dialog mengenai Liabiliti Korporat dan tatacara bagi Seksyen 17A ASPRM 2009 selain kesalahan lain di dalam akta.

Taklimat telah disampaikan oleh PPj Azuan Bin Adzhar, Ketua Unit Pemeriksaan dan Perundingan SPRM Negeri Selangor dihadiri 20 orang peserta terdiri daripada pengurusan tertinggi syarikat dan ketua-ketua jabatan Syarikat Mitsubishi Elevator Malaysia Sdn Bhd diketuai oleh Pengurus Besarnya, En. Shigeru Ogura.

Di akhir program, SPRM Negeri Selangor telah mengadakan kempen antirasuah melalui simbolik penyerahan poster dan bahan kempen oleh PPj Azuan Bin Adzhar, Ketua Unit Pemeriksaan dan Perundingan SPRM Negeri Selangor kepada En. Raymond Sung, Pengarah Urusan Mitsubishi Elevator Malaysia Sdn Bhd.

#RasuahDihinaMaruahDibina


Hit : 169