Berita Menarik

SPRM tahan individu tipu projek pembekalan RM730,000

KOTA KINABALU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang individu selepas disyaki memperdayakan pemilik sebuah syarikat berkaitan projek pembekalan bernilai RM730,000. Suspek berusia 35 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Sabah, kira-kira jam 2.30 petang pada Rabu.

Menurut sumber, suspek disyaki melakukan perbuatan itu membabitkan projek membekal bahan mentah dan kering untuk sebuah operasi di negeri ini. Perbuatannya itu dipercayai menyebabkan mangsa mengalami kerugian sebanyak RM100,000. Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

"Suspek ditahan hari ini dan akan dibawa ke Mahkamah Kota Kinabalu esok untuk pertuduhan," jelas beliau.

Sumber : Sinar Harian

Hit : 1271