Berita Menarik

Ketua jabatan agensi kerajaan direman 4 hari

PUTRAJAYA: Seorang ketua jabatan sebuah agensi kerajaan bergelar Datuk direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung isu menerima rasuah dan salah guna kuasa bagi pelantikan syarikat untuk tujuan perolehan empat kenderaan pada 2017.

Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan permohonan reman sehingga Jumaat ini oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi.

Sumber berkata, perolehan kenderaan berjumlah RM290,000 itu bertujuan untuk kegunaan program yang dilaksanakan oleh agensi berkenaan.

Katanya, suspek yang berusia dalam lingkungan 40-an itu ditahan kira-kira jam 8 malam tadi di SPRM Putrajaya ketika hadir memberikan keterangan.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim, mengesahkan penahanan dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) dan Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Sumber : Berita Harian


Hit : 1683