Kes-kes Menarik

Bekas ketua gudang syarikat logistik ditahan SPRM

Kuala Lumpur: Seorang bekas ketua gudang syarikat logistik tempatan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini, kerana dipercayai menerima habuan lebih RM20,000.

Ia adalah sebagai balasan membantu sebuah syarikat mendapatkan projek pembekalan tenaga kerja bernilai kira-kira RM5 juta bagi tempoh dua tahun.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira 6 petang tadi.

Katanya, suspek dipercayai meminta dan menerima wang suapan itu ketika bertugas sebagai ketua gudang bagi tempoh antara 2019 hingga 2021.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan memaklumkan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 16(a) Akta SPRM 2009.

Katanya, suspek akan dibawa untuk permohonan reman di Mahkamah Majistret Shah Alam 9 pagi, esok.

Sumber : Berita Harian


Hit : 292