Berita Terkini

Program Antirasuah Pengurusan Bantuan Dana Kerajaan kepada Badan Sukan 2022 (Bantuan Pengurusan dan Program)

PUTRAJAYA , 25 September - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan kerjasama Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PPS) Malaysia telah menganjurkan satu Program Antirasuah Pengurusan Bantuan Dana Kerajaan kepada Badan Sukan 2022 (Bantuan Pengurusan dan Program) bertempat di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Program anjuran bersama ini melibatkan lebih kurang 53 badan sukan di seluruh peringkat terutama di sekitar Putrajaya, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Tercetusnya idea bagi melaksanakan program ini apabila Pelan Strategik SPRM (2021-2025) yang menyasarkan kepada tiga strategi  penting iaitu Penguatkuasaan, Perolehan dan “Grand Corruption” yang bermatlamat menerapkan nilai integriti, tadbir urus serta antirasuah.

Program ini bertujuan untuk memupuk pengurusan sukan terbaik terhadap organisasi antirasuah dalam membasmi ketirisan dana kerajaan selain tujuan pembangunan sukan di Malaysia di samping mendekati golongan itu bagi meraih sokongan mereka agar bekerjasama dengan SPRM dalam usaha mengatasi jenayah rasuah dan salah guna kuasa di negara ini.

Program dimulakan dengan ceramah yang bertajuk “Isu-isu Rasuah Dalam Pengurusan Kewangan dan Perolehan” yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah Outreach, Bahagian Pendidikan Masyarakat , KPKPj Ab Muneim Ibrahim.

Turut diadakan, sesi dialog dan soal jawab  bertajuk “Isu-isu Ketirisan Dana Kerajaan dalam Pembangunan Sukan Negara” bersama Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat (Penmas), Datuk Razim Mohd Noor dan Penolong Pesuruhjaya Sukan Kanan, PPS Malaysia, Encik Hasli Izwan Amir Hasan.

Turut hadir Encik Hatta Haji Mohd Yasin, Ketua Penolong Pesuruhjaya Sukan, PPS Malaysia; PKPj Ramli Hassan, Ketua Cawangan Sosiobudaya dan Politik dan pegawai-pegawai Penmas.


Hit : 4250