Berita Pendidikan

Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA)

ROMPIN, 20 September – Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA) Negeri Pahang telah mengambil langkah inisiatif pencegahan rasuah dengan mengadakan Majlis Melafaz dan Menandatangani IBR dengan kerjasama SPRM Negeri Pahang, hari ini.

Objektif pelaksanaan majlis ini adalah bertujuan untuk mengukuhkan hubungan strategik dan menyokong usaha pencegahan rasuah dalam organisasi KOSMA.

Selain itu, fokus utama majlis IBR ini ialah untuk memastikan setiap warga KOSMA yang menandatangani IBR akan lebih bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas dan menjauhkan diri daripada sebarang perlakuan jenayah rasuah.

Lafaz IBR diketuai oleh Encik Mohd Shafirun bin Mohd Azba, Pengurus Besar KOSMA dan sesi tandangan ikrar disaksikan oleh KPKPj Hairuzam bin Mohmad Amin@Hamim, Pengarah SPRM Negeri Pahang.

Turut hadir dalam program ini adalah Encik Zahari bin Abdul Aziz, Pentadbir KOSMA.

 #RasuahDiHinaMaruahDiBina


Hit : 3172