Berita Pendidikan

Program Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Ahli Jemaah Doktor PERKESO Negeri Pahang

KUANTAN, 13 September – Telah berlangsung program IBR PERKESO dengan kerjasama SPRM Negeri Pahang dalam inisiatif pencegahan rasuah dikalangan para doktor yang telah dilantik oleh PERKESO. Program yang diadakan di Hospital Tuanku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan ini dihadiri oleh 12 Ahli Jemaah Doktor pakar.

Lafaz IBR diketuai oleh Dr. Mohd Abdul Rauf bin Paharudin manakala sesi tandatangan IBR disempurnakan oleh Dr. Rahimah binti Ibrahim, Pengarah HTAA, Kuantan dan disaksikan oleh PPj Shazleen binti Md Noh, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Negeri Pahang.

Turut hadir dalam program ini adalah Tuan Haji Tarmizi bin Mukhtar, Pengarah PERKESO Negeri Pahang.

#RasuahDiHinaMaruahDiBina


Hit : 2193