Berita Terkini

Program Wira Anti Rasuah (WAR) SMK Seksyen 24 dan Kolej Tingkatan 6 Seksyen 24 Shah Alam

SHAH ALAM, 14 September - Satu Program Wira Anti Rasuah (WAR) melibatkan 40 orang pelajar dari SMK Seksyen 24 dan Kolej Tingkatan 6 Seksyen 24 Shah Alam telah berlangsung di Galeri Shah Alam sempena Program Apresiasi Seni Untuk Semua Peringkat Kebangsaan Tahun 2022.

 

Program dimulakan dengan Bengkel Teknik Catan Lanskap kepada pelajar dan sesi ceramah rasuah disampaikan oleh KPKPs Aznirina binti Mohd Sahari daripada Cawangan Pendidikan Menengah,  Bahagian Pendidikan Masyarakat, Ibu Pejabat SPRM.

 

Turut hadir program ini ialah PPj Hasrolzi bin Hamid, Ketua Cawangan Pendidikan Menengah, Puan Wan  Noraishah binti Wan Mohd Isa, Ketua Cawangan Pendidikan Rendah, Puan Alina Abdullah, Pengarah Galeri Shah Alam, pegawai Kementerian Pelajaran, guru dan pegawai-pegawai daripada Bahagian Pendidikan Masyarakat Ibu Pejabat SPRM.


Hit : 532