Berita Menarik

Pengarah urusan ditahan kes tuntutan palsu RM7 juta

PUTRAJAYA: Seorang pengarah urusan bergelar 'Datuk' di sebuah syarikat ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu kira-kira RM7 juta.

Suspek berusia 54 tahun kini ditahan reman selama tiga hari sehingga Khamis ini untuk membantu siasatan susulan tuntutan berkaitan projek pembinaan sebuah bangunan di Terengganu yang membabitkan nilai keseluruhan lebih RM100 juta.

Permohonan reman ke atas suspek dibuat di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini.

Menurut sumber, suspek dipercayai mengemukakan tuntutan sejak 2020 hingga Mei tahun ini dan ditahan di pejabatnya di Shah Alam, semalam.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim, mengesahkan penahanan itu dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Sumber : Berita Harian

Hit : 1961