Berita Pendidikan

SK Parit 13, Sg Nibong Tanam Nilai Antirasuah Kepada Pelajar Melalui Program WAR

SEKINCHAN, 29 Ogos - Program Wira Anti Rasuah (WAR) Sekolah Kebangsaan Parit 13, Sg Nibong telah dipilih sebagai perintis kepada program yang melibatkan pelajar sekolah rendah dengan kerjasama daripada SPRM Negeri Selangor.

Program dimulakan dengan sesi taklimat dan kuiz bersama 67 murid darjah 1 hingga 6. Seterusnya, taklimat "Amalan Rasuah Dalam Perolehan Awam" yang disampaikan oleh PKPj Ridzuan Abd. Malik, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Selangor diadakan melibatkan 16 warga pendidik SK Parit 13

Program kemudiannya diteruskan dengan sesi ucapan dan dialog bersama Datuk Seri Norazlan Mohd Razali, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM.

Kemuncak acara diakhiri dengan perasmian Sudut Anti Rasuah SK Parit 13 dan sesi bertukar cenderahati dan bahan-bahan bacaan antirasuah kepada Tuan Haji Azman Juahir, Guru Besar SK Parit 13.

Hit : 4304