Berita Pendidikan

Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dan pelancaran Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) SPRM Steel Hawk Berhad

KEMAMAN, 24 Ogos - Steel Hawk Berhad bersama rakan niaganya menzahirkan komitmen dan sokongan kepada SPRM dengan mengambil inisiatif menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dan melancarkan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) di Awana Kijal Resort, Terengganu.

 

Pada majlis tersebut seramai 45 pegawai dan kakitangan Steel Hawk telah melafazkan IBR yang diketuai oleh Dato' Sharman K. Michael, Pengarah Eksekutif Steel Hawk dan disaksikan oleh  Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, Datuk Razim Mohd Noor.

 

Pada masa yang sama PKPj Lokman Samingan, Ketua Cawangan Universiti, Bahagian Pendidikan Masyarakat  telah menyampaikan penerangan berkaitan inisiatif potongan cukai, kesalahan berkaitan rasuah dan pengenalan kepada Seksyen 17A Akta SPRM 2009.

 

Turut hadir pada majlis tersebut KPKPj Ab Muneim Ibrahim, Timbalan Pengarah (Outreach) Bahagian Pendidikan Masyarakat, PKPj Awang Samsul Baharam Bungso, Ketua Cawangan Agensi Berkaitan Kerajaan dan Swasta serta pegawai-pegawai  Penmas.


Hit : 2577