Berita Pendidikan

SPAN Lebih Telus dan Bebas Rasuah Melalui Lafaz IBR dan MOU

PUTRAJAYA, 22 Ogos -  Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) menzahirkan komitmen dan sokongan penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melalui lafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) serta Memorandum Persefahaman (MoU) di Head of State, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.

 

Dato' Ahmad Faizal Abdul Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif SPAN berkata inisiatif IBR menjadi pemangkin dalam meningkatkan lagi motivasi dan mutu perkhidmatan kakitangan SPAN ketika menjalankan tugas seterusnya dapat memberikan manfaat kepada organisasi. IBR dan MoU ini memperlihatkan kesungguhan SPAN dalam memastikan pentadbiran dan operasi dilaksanakan lebih telus dan bebas daripada gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

 

Lafaz IBR diketuai oleh Dato' Ahmad Faizal, Ketua Pegawai Eksekutif SPAN dan disaksikan oleh Datuk Izani Wan Ishak, Pengarah Pemeriksaan dan Perundingan (BPMP) SPRM. Seramai 150 orang pengurusan dan kakitangan SPAN turut hadir melafazkan IBR.


Hit : 2297