Berita Pendidikan

Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Pharmaniaga Berhad

KUALA LUMPUR, 18 Ogos  – Satu majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Pharmaniaga Berhad  bersama SPRM Negeri Selangor telah diadakan di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur.

 

Majlis lafaz IBR diketuai oleh YBhg. Datuk Seri Zainal Abidin Mohd Rafique, Pengerusi Pharmaniaga Berhad bersama 80 orang peserta terdiri daripada Board Of Directors dan warga pengurusan Pharmaniaga Berhad dan disaksikan oleh YBhg. Dato’ Haji Alias bin Salim, Pengarah  SPRM Negeri Selangor.

 

Program diteruskan dengan taklimat “Awareness Of SPRM Act” yang disampaikan oleh pegawai SPRM Selangor.

 

Turut sama hadir program tersebut adalah PKPj Ridzuan bin Abd Malik, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Negeri Selangor dan pegawai Unit Penmas SPRM Selangor.


Hit : 2168