Berita Menarik

Pembantu operasi ditahan terima ‘duit kopi’ RM2,000

SHAH ALAM – Seorang pembantu operasi sebuah agensi kerajaan dicekup selepas disyaki terlibat dalam rasuah RM2,000 berhubung tidak mengeluarkan kompaun atas kesalahan lesen pembinaan tamat tempoh, hari ini.

Suspek lelaki berusia 41 tahun itu ditangkap kira-kira pukul 2 petang tadi selepas hadir memberikan keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor.

Menurut sumber, siasatan mendapati suspek dipercayai meminta ‘duit kopi’ sebanyak RM2,000 daripada seorang individu menerusi panggilan telefon.

“Ini sebagai dorongan untuk tidak mengeluarkan kompaun terhadap individu tersebut atas kesalahan lesen pembinaan yang telah tamat tempoh.

“Kesalahan itu dilakukan suspek semalam,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(B) Akta SPRM 2009.

Tambahnya, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam esok untuk proses reman.

Sumber : KOSMO!ONLINE


Hit : 5584