Berita Terkini

SMK Bukit Mewah Seremban Bendung Rasuah Peringkat Awal Melalui Program WAR

SEREMBAN, 3 Ogos –  Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Penjara Malaysia dan Jabatan Kesihatan Malaysia bersama SPRM Negeri Sembilan telah menjayakan Minggu Pendidikan Pencegahan Dadah dan Jenayah Peringkat Sekolah di SMK Bukit Mewah Seremban hari ini.

 

Program telah dirasmikan oleh Dr. Leong Mei Wei, Pengetua SMK Bukit Mewah Seremban. Seramai 200 pelajar tingkatan 5 hadir pada sesi ceramah Wira Anti Rasuah (WAR) bagi memupuk kesedaran mengenai bahaya rasuah dan kesan sekiranya tidak dibendung dari peringkat awal. Peranan pelajar sangat penting sebagai ejen dalam menyebarluas mesej antirasuah untuk membentuk persekitaran yang bebas rasuah.

 

Seterusnya, para pelajar turut berkunjung ke pameran bagi mendapatkan maklumat dengan lebih terperinci mengenai jenayah rasuah sambil menjawab kuiz dan teka silang kata berkaitan nilai-nilai murni. Kehadiran Kapten MACC memeriahkan lagi suasana dengan beramah mesra bersama semua peserta program. 


Hit : 10243