Berita Pendidikan

Ceramah Anti-rasuah dan Tanggungjawab Pelaporan Rasuah kepada Warga AADK Kedah dan ahli PEMADAM Kedah

ALOR SETAR, 03 Ogos – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kedah telah mengambil langkah proaktif dengan mengadakan sesi ceramah anti rasuah kepada warganya serta ahli PEMADAM.


Ceramah telah disampaikan oleh PPs Mohd Azfar bin Johari, Pegawai Unit Penmas SPRM Kedah kepada 60 orang warga AADK dan PEMADAM yang bertempat di The Jerai Hotel, Alor Setar Kedah.


Turut hadir pada sesi ceramah tersebut adalah Puan Rajesvari A/P Gonaselan, Penolong Pengarah Pencegah AADK Kedah dan Puan Azlina Abdul Aziz, Setiasausaha PEMADAM Kedah.



Hit : 9010