Berita Pendidikan

Majlis Daerah Marang Wujud Sudut Informasi I SPRM Dalam Memantapkan Integriti Di Kalangan Warga Kerjanya

MARANG, 2 Ogos- Majlis Daerah Marang (MDM) telah mengadakan Program Antirasuah Warga MDM bersempena Majlis Pelancaran Sudut I dan Buku Antirasuah Organisasi (OACP) bertempat di Dewan Utama Majlis Daerah Marang hari ini.

 

Dalam program ini diselitkan majlis Lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang diketuai oleh Tuan Haji Zuwislan Awang, Yang Dipertua MDM dan disaksikan oleh PPj Zainal Ayop, Timbalan Pengarah Operasi SPRM Terengganu. Seramai 24 Ahli majlis turut hadir bagi melafaz IBR.

 

Majlis pelancaran Sudut I SPRM dan Buku OACP MDM telah dirasmikan oleh Tuan Haji Anuar Awang, Timbalan Setiuasaha Kerajaan Negeri Terengganu mewakili YBM Tengku Seri Bijaya Raja, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu. 

 

Tuan Haji Zuwislan Awang, Yang Dipertua Majlis Daerah Marang dalam ucaptamanya menzahirkan komitmen bagi usaha pembenteras rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa oleh warga MDM dengan wujudnya Sudut I SPRM sebagai satu platform informasi pencegahan rasuah dan Buku OACP MDM. Beliau yakin warga MDM akan berada pada landasan yang betul dalam memantapkan integriti kepada organisasi. 


Hit : 2031