Berita Terkini

AMAR KKTM Rembau Negeri Sembilan Lafaz Sumpah Keramat Dalam Program Aspirasi Anti Rasuah

REMBAU, 29 Julai - Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah (AMAR) Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Rembau Negeri Sembilan dengan kerjasama SPRM Negeri Sembilan telah menganjurkan Program Aspirasi Antirasuah di Dewan Theatrette KKTM Rembau. 

 

P/KPKPj Awg kok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail, Pengarah SPRM Negeri Sembilan menyampaikan amanat dengan membangkitkan kesedaran tentang isu rasuah yang sering berlaku di kalangan pelajar terutama yang baru menempuh alam pekerjaan. 

 

Program diteruskan dengan penyampaian Watikah Perlantikan Jawatankuasa baharu AMAR KKTM Rembau. Encik Hafizi Hilmy, Majlis Perwakilan Pelajar mengetuai bacaan lafaz sumpah keramat Mahasiswa Perangi Rasuah bersama seramai 200 orang pelajar. Penyampaian hadiah disediakan kepada para pemenang pertandingan reka infografik, pembikinan video dan juga poster berkaitan rasuah dan salah guna kuasa.


Hit : 3275