Berita Terkini

Program Sehari Bersama AMAR KKTM Pasir Mas Zahirkan Semangat Selami Rasuah

KOTA BHARU, 28 Julai - Program Sehari Bersama Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah (AMAR) Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM), Pasir Mas dengan kerjasama SPRM Kelantan bertempat di Dewan Istiqomah KKTM Pasir Mas, Kelantan.

 

Pengisian program dimulakan dengan penyampaian ceramah bertajuk Pencegahan Rasuah dan Kesalahan-Kesalahan di bawah ASPRM 2009 yang disampaikan oleh PPj Azizi Abdul Latif, Timbalan Pengarah Pencegahan SPRM Kelantan. Seramai 80 orang peserta yang terdiri daripada mahasiswa KKTM dan pensyarah-pensyarah kanan hadir memberikan sokongan dalam menyelami isu rasuah. 

 

Sesi Dialog yang bertajuk Pelajar Pemangkin Negara Bebas Rasuah telah memberi impak membanggakan kesan daripada gandingan panel yang professional dan berpengalaman iaitu panel 1 KPKPj Rosli Husain, Pengarah SPRM Negeri Kelantan dan Panel 2 YBrs. Ts. Dr. Mahazani Ali, Pengarah KKTM Pasir Mas.  Manakala moderator ialah Encik Ahmad Iskandar Dzulqarnain Zabri, Presiden Majlis Perwakilan Pelajar.


Hit : 3595