Berita Terkini

Program WAR Bersama Pelajar Regent International School Dan Amar UniKL

SUNGAI PETANI, 23 Julai – SPRM Negeri Kedah bersama Angkatan Mahasiswa Antirasuah (AMAR) UniKL telah mengadakan program Wira Anti Rasuah (WAR) kepada pelajar Regent International School sempena Program Regent Integrity Day with MACC 2022.

Program ini bertujuan untuk menyebarluaskan mengenai rasuah serta mendidik para pelajar bahawa bahayanya rasuah dan kesan yang akan berlaku kepada masyarakat kelak sekiranya ianya tidak dibendung dari awal.

SPRM berharap program sebegini akan dapat meningkatkan lagi keyakinan dan sokongan masyarakat dalam memberi maklumat berkualiti serta mempunyai pengetahuan tentang kesalahan jenayah rasuah.

 

#RasuahDiHinaMaruahDiBina


Hit : 5444