Berita Terkini

Program WAR SMK Putrajaya Presint 5(1) Pupuk Nilai Integriti dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 5

PUTRAJAYA, 19 Julai - Program Wira Anti Rasuah (WAR) sekolah harian melibatkan 115 orang pelajar daripada tingkatan lima dari Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 5 (1).

Pelajar didedahkan dengan ceramah berkaitan dengan rasuah dan kesalahan-kesalahan rasuah yang disampaikan oleh KPKPs Aznirina Mohd Sahari.

Pelajar disediakan dengan 50 soalan kuiz mengenai rasuah dan diberi masa selama 1 jam bagi menjawab soalan kuiz tersebut. Seramai 10 pemenang yang menjawab secara tepat dan betul serta mencipta slogan terbaik dipilih sebagai pemenang dan menerima hadiah yang disediakan.

Program berakhir dengan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang dan sijil penyertaan kepada wakil pelajar.


Hit : 2683