Berita Pendidikan

Program Jihad Memerangi Rasuah Demi Kemaslahatan Ummah 2022 Peringkat Negeri Pulau Pinang

PULAU PINANG, 6 Julai – SPRM Negeri Pulau Pinang bersama Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAIPP) dan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) menganjurkan Program Jihad Memerangi Rasuah Demi Kemaslahatan Ummah 2022 Peringkat Negeri Pulau Pinang yang julung kalinya diadakan telah berlangsung di Dewan Permatang Tok Gelam, Penaga, Seberang Perai Utara (SPU), Pulau Pinang.

 

Seramai 400 orang peserta terdiri daripada Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Pengetua/Mudir dan AJK masjid, surau, pusat tahfiz serta qariah bagi seluruh negeri Pulau Pinang turut hadir dalam program tersebut.

 

Sesi ceramah telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Mohd Zaki Haji Abdul Halim, Timbalan Mufti dari Jabatan Agama Islam Pulau Pinang yang bertajuk “Rasuah Dari Perspektif Agama Islam” dan diteruskan dengan ceramah  berkaitan Akta SPRM 2009 disampaikan oleh PKPj Mohd Nur Lokman Samingan, Ketua Cawangan Universiti, Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM.

 

Program diteruskan dengan sesi forum yang menampilkan kedua-dua penceramah sebagai panel dan Encik Lukmanul Hakim Mokhtar sebagai moderator.

 

Program yang berlangsung mendapat sambutan yang amat memberangsangkan apabila para peserta yang hadir telah bertanyakan soalan-soalan berhubung jenayah rasuah, salahguna kuasa dan penyelewangan kepada kedua-dua panel bagi sesi forum tersebut.


Hit : 2569