Berita Pendidikan

PUSPEN Bukit Mertajam Komited Perangi Rasuah Dalam Menjalankan Amanah Melalui Lafaz IBR

BUKIT MERTAJAM, 29 Jun – Pusat Pemulihan Narkotik (PUSPEN) Bukit Mertajam sahut seuan SPRM komited memerangi rasuah melalui Majlis Lafaz dan Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bertempat di Dewan PUSPEN Bukit Mertajam, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang hari ini.

 

Lafaz IBR diketuai oleh Encik Ahmad Nazir Long, Penolong Pengarah Pemulihan PUSPEN Bukit Mertajam dan disaksikan oleh PPj Chin Chen Huat, Timbalan Pengarah Pencegahan SPRM Pulau Pinang. Seramai 80 orang warga kerja PUSPEN turut serta melafaz IBR.

 

Satu taklimat ringkas berhubung Antirasuah dan Akta SPRM 2009 yang telah disampaikan oleh PPs Mazlan Haja Maideen sebagai langkah pencegahan kepada semua warga kerja PUSPEN Bukit Mertajam supaya menolak segala bentuk jenayah rasuah ketika melaksanakan tugas yang diamanahkan. 


Hit : 2488