Berita Pendidikan

SPRM Selangor Sambut Mesra Hasrat JKMN Selangor Budayakan Amalan Antirasuah Dalam Perolehan Kerajaan

SHAH ALAM, 27 Jun – SPRM Selangor bersama-sama Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor (JKMN) telah mengadakan Program Taklimat Dan Dialog Membudayakan Amalan Antirasuah Dalam Perolehan Kerajaan bertempat di Bilik Mesyuarat Utama SPRM Selangor pada hari ini.

Antara pengisian program ialah sesi lawatan ke fasiliti SPRM Selangor. Peserta juga  didedahkan dengan sesi taklimat dan dialog berkaitan Amalan Anti Rasuah Dalam Perolehan Kerajaan yang disampaikan oleh PKPj Ridzuan Abd Malik, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Selangor.

Rombongan yang diketuai oleh Dr. Zaitol Salleh, Pengarah JKMN Selangor bersama 34 orang peserta terdiri daripada pegawai-pegawai kanan JKM telah disambut oleh TPj Dato’ Haji Alias Salim, Pengarah SPRM Selangor.


Hit : 2999