Berita Terkini

SPRM dan KUASA Dekati Komuniti Orang Asli Dengan Program Jelajah Antirasuah Alam Sekitar Bersama Komuniti Orang Asli

TEMERLOH, 24 Jun – SPRM bersama-sama Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA) dekati komuniti orang asli dengan mengadakan Program Jelajah Antirasuah Alam Sekitar Bersama Komuniti Orang Asli bertempat di sekitar Daerah Temerloh dan Jerantut, Pahang.

Program yang berlangsung selama tiga hari itu adalah berteraskan kepada objektif memberikan pengetahuan mengenai rasuah selain mendidik komuniti berkenaan rasuah.

Turut diadakan Program ‘Walkabout’ serta Program Dialog bersama Tok Batin serta pemimpin dari 10 buah kampung yang terlibat.

Program ini menyasarkan 10 buah kampung di sekitar Temerloh dan Jerantut yang mana seramai 600 buah keluarga memberikan komitmen yang baik dalm menjayakan program ini.

Turut hadir dalam program ini ialah TPj Datuk Razim Mohd Noor, Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM; KPKPj Hairuzam Mohamad Amin @ Hamim, Pengarah SPRM Pahang serta Azmi Abdul Rahman, Pegawai Hutan Daerah Temerloh/Bera.


Hit : 2583