Berita Menarik

Pemandu jabatan kerajaan direman SPRM

Shah Alam: Tiga individu termasuk pemandu sebuah jabatan kerajaan direman masing-masing empat dan dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes mengemuka tuntutan palsu pada 2021.

Perintah reman itu dibenarkan Majistret Muhammad Syafiq Sulaiman selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret di sini, pagi tadi.

Semalam, ketiga-tiga individu berusia 22 hingga 37 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Selangor.

Menurut sumber, semua lelaki itu disyaki terbabit dalam urusan mengemukakan dokumen yang mengandungi butiran matan palsu berkaitan tuntutan insurans kemalangan kereta atas seorang penama, sedangkan penama itu tidak membuat tuntutan.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Sumber : Harian Metro


Hit : 1324