Berita Terkini

Program Jelajah Wira Anti Rasuah Membuka Tirai Tahun 2022 Di MRSM Ulul Albab Kota Putra, Besut

BESUT, 12 Jun – Membuka tirai tahun 2022 Program Jelajah Wira Anti Rasuah (WAR) yang bertemakan ‘Sekolah Kita Genyeh Rasuah’ dimulakan di MRSM Ulul Albab Kota Putra, Besut, Terengganu hari ini.

 

Majlis telah dirasmikan dan disempurnakan oleh YBhg. Datuk Razim Mohd Noor, Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat (PenMas), Ibu Pejabat SPRM. Majlis perasmian ini diserikan dengan gimik pelancaran yang disediakan oleh pihak MRSM Kota Putra dan diakhiri dengan sesi bertukar cenderahati bersama enam (6) buah sekolah yang terlibat dalam siri jelajah kali ini dan bergambar sebagai kenang-kenangan. 


Hit : 2515