Berita Terkini

Menteri Besar Incorporated (MB Inc.) Semat Nilai Rasuah Di Kalangan Warga Kerja Melalui Program Strategik Integriti Dalam Perolehan

IPOH, 9 Jun – Program Strategik Integriti dalam Perolehan Menteri Besar Incorporated (Perak) (MB Inc.) Siri 2 diteruskan dengan penglibatan seramai 45 orang warga kerja MB Inc. hari ini.

 

Program dimulakan dengan Taklimat Keselamatan yang disampaikan oleh PsK Mohammad Saiful Mahmud.  Sesi Bicara Anti Rasuah (Seksyen 17A) pula telah disampaikan oleh Ps Jeyaiswaren a/l Ayadorai. Sesi yang berlangsung selama 2 jam ini telah mengupas isu-isu jenayah rasuah, kesalahan-kesalahan dan hukuman di bawah Akta SPRM 2009. 


Hit : 2696