Berita Pendidikan

SKVE Holdings Sdn Bhd Pupuk Semangat Integriti Melalui Program Seminar ‘Kenali Rasuah dalam Organisasi Syarikat’ dan Pelancaran Kempen Liabiliti Korporat

JENJAROM, 9 Jun – Program Seminar ‘Kenali Rasuah Dalam Organisasi Syarikat’ dan ‘Kempen Liabiliti Korporat’ anjuran bersama SPRM Selangor dan Syarikat Pemegang Konsesi Lebuhraya (SKVE) Holdings Sdn Bhd bertempat di Bilik Conference, Pejabat Pentadbiran SKVE, Jenjarom, Selangor hari ini. 

 

Seramai 31 peserta hadir terdiri daripada kumpulan pengurusan dan eksekutif mewakili syarikat SKVE Holdings Sdn Bhd, Yasmin Holdings Sdn Bhd, Yasmin Engineering Sdn Bhd, Yasmin Jurumuda Sdn Bhd, Recomtec Sdn Bhd, Myflexitank Industries Sdn Bhd, Fame Cosmetics Sdn Bhd dan Myhealthcare Industries Sdn Bhd. 

 

Program ini diakhiri dengan penyampaian bahan-bahan kempen SPRM oleh PPj Muhamad Firdaus Musa, Ketua Unit Penmas SPRM Negeri Selangor kepada Encik Azrul Hisham Ramlan, Pengurus Kanan Sumber Manusia dan Pentadbiran SKVE.


Hit : 288