Berita Pendidikan

PUSPEN Batu Kurau Perak Zahirkan Komitmen Dalam Memerangi Rasuah Dan Terap Nilai Integriti Melalui Lafaz IBR

BATU KURAU, 8 Jun – Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Batu Kurau Perak menolak sebarang bentuk jenayah rasuah dan semai semangat integriti di kalangan warga kerjanya melalui Majlis Lafaz dan Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang diadakan di Dewan PUSPEN Batu Kurau, Perak hari ini.

 

Lafaz IBR diketuai oleh Tuan Haji Mohamad Nor Musa, Pengarah PUSPEN Batu Kurau, Perak dan disaksikan oleh PKPj Jaafar Tajudin, Timbalan Pengarah Pencegahan SPRM Perak. Seramai 50 orang warga kerja PUSPEN Batu Kurau, Perak terdiri daripada Pengarah, Timbalan Pengarah (Pemulihan) dan Timbalan Pengarah (Pengurusan dan Keselamatan) turut hadir bagi melafaz IBR.

 

Semoga dengan adanya majlis IBR ini dapat memupuk nilai integriti kepada warga kerja PUSPEN dalam menjalankan tugasan harian yang telah diamanahkan.


Hit : 2012