Berita Terkini

Program Kesedaran Anti Rasuah Dalam Perolehan Bersama IKBN Seri Iskandar Perak

IPOH, 1 Jun – SPRM Perak meningkatkan pemantapan pengetahuan integriti bersama Institut Kemahiran Belia Negara, Seri Iskandar Perak (IKBN) dengan mengadakan Program Kesedaran Anti Rasuah Dalam Perolehan pada hari ini.

Program dimulakan dengan Bicara Anti Rasuah yang disampaikan oleh PKPs Zamri bin Hj. Darus  berinformasi tentang integriti, fungsi dan tugas-tugas SPRM. Warga kerja IKBN juga turut diberi pendedahan berkaitan Bilik Rakaman Bervideo (VIR), Lokap SPRM, Bilik Kawad Cam yang telah diiringi oleh PK Muhammad Azizi bin Zainal Abidin.

Turut hadir dalam program ini ialah Tuan Md Isa Ibrahim, Pengarah (IKBN) serta 25 orang pegawai dan kakitangan IKBN.


Hit : 2872