Berita Terkini

AMAR UIAM Sebar Mesej Anti Rasuah dengan Pementasan Teater “From Inside The Konti"

GOMBAK, 31 Mei - Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah (AMAR) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mendekati golongan mahasiswa dalam gerakan memerangi jenayah rasuah melalui pementasan teater bertajuk "Theater: From Inside the Konti".

Pementasan yang berlangsung selama dua hari ini telah diadakan di Auditorium Utama UIAM yang menampilkan barisan pelakon daripada kalangan ahli-ahli AMAR dan pelajar UIAM telah berjaya membawakan mesej anti rasuah dalam persembahan tersebut.

Seramai 800 orang penonton hadir untuk menyaksikan pementasan teater ini. Turut hadir dalam pementasan ini ialah PPj Muhamad Firdaus Musa, Ketua Unit Penmas dan pegawai Penmas SPRM Negeri Selangor.


Hit : 264