Berita Pendidikan

JKR Kelantan Komited Perangi Rasuah Dengan Lafaz IBR

KOTA BHARU, 22 Mei – Jabatan Kerja Raya (JKR) Kelantan komited dalam menyokong hasrat SPRM menjauhi rasuah dengan melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) pada hari ini.

Lafaz IBR diketuai oleh Ir Mohd Suhaili Ismail, Pengarah Jabatan Kerja Raya Kelantan dan disaksikan oleh KPKPj Rosli Husain, Pengarah SPRM Kelantan.

Turut berlangsung Program Pencegahan Rasuah dan Pemantapan serta pendedahan ceramah bertajuk ‘Pencegahan Rasuah dalam Perolehan Kerajaan’ yang disampaikan oleh Ps Wan Siti Junaida Ismail. Seramai 82 orang pegawai dan kakitangan JKR Kelantan mengikuti program ini.



Hit : 249