Berita Pendidikan

JAWHAR Dan YWM Bentuk Nilai Integriti Melalui Program Anti Rasuah Dalam Perolehan Dan Pengurusan Dana

PUTRAJAYA, 18 Mei – Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) dan Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) merupakan dua (2) agensi agama peringkat Persekutuan komited melaksanakan Program Anti Rasuah Dalam Perolehan dan Pengurusan Dana bertempat di Hotel Pulse Grande, Putrajaya hari ini. 

 

Program ini dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Selamat Paigo, Ketua Pengarah JAWHAR.  Beliau menegaskan program seumpama ini dapat dimanfaatkan oleh seluruh warga JAWHAR dan YWM, di samping meningkatkan tadbir urus yang cekap dan berintegriti serta pengurusan dana yang bebas rasuah. Ini penting kerana JAWHAR sebagai agensi pembuat dasar dalam bidang waqaf, zakat dan haji, manakala YWM pula adalah sebagai agensi pelaksana yang menjalankan fungsi waqaf.  

 

Seramai 72 peserta yang terdiri daripada Pengurusan Tertinggi JAWHAR dan YWM, Pengarah-pengarah Bahagian dan Pegawai-pegawai Kanan kedua-dua agensi komited melafaz IBR sebagai satu azam dan komitmen mereka dalam membentuk pembudayaan dan keutuhan nilai-nilai integriti, etika kerja cemerlang dan memerangi isu-isu rasuah. Lafaz IBR diketuai oleh YBhg. Dato’ Selamat Paigo, Ketua Pengarah JAWHAR dan disaksikan oleh KPKPj Mohamad Tarmize Abdul Manaf, Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM. 


Hit : 94