Berita Pendidikan

JKR Perak Pupuk Semangat Integriti Cegah Rasuah Melalui Lafaz Dan Tandatangani IBR

GERIK, 11 Mei – Jabatan Kerja Raya Negeri Perak (JKR) menzahirkan komitmen perangi jenayah rasuah dan terap nilai integriti di kalangan warga kerjanya melalui Majlis Lafaz dan Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bertempat di Dewan JKR Hulu Perak, Gerik hari ini.

 

Lafaz ikrar diketuai oleh YBrs Ir. Haji Hamdan Ali, Pengarah Kerja Raya Perak dan disaksikan oleh YBhg Dato' Hj. Mohd Fauzi Hj. Mohamad, Pengarah SPRM Perak. Seramai 110 orang warga kerja JKR Perak terdiri daripada Ketua Bahagian, Jurutera Daerah dan Ketua Cawangan turut serta melafaz ikrar.

 

Semoga dengan adanya majlis seperti ini dapat memupuk nilai integriti kepada warga kerja JKR Perak ketika melaksanakan tugas yang telah diamanahkan.


Hit : 1867