Berita IBR

BCM Electronics Corporation Sdn. Bhd. Elak Warga Kerjanya Terjebak Jenayah Rasuah Melalui Lafaz IBR

KULIM, 26 Apr – BCM Electronics Corporation Sdn. Bhd. menyahut seruan SPRM dengan mengadakan Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR), Ceramah Anti Rasuah dalam Perolehan dan Liabiliti Korporat, serta Pameran Anti Rasuah bagi menunjukkan sokongan yang padu atas usaha SPRM dalam membanteras jenayah rasuah. 

 

Lafaz Ikrar yang diketuai oleh Encik Saiful, wakil CEO BCM Electronics dan disaksikan oleh YBhg. Dato’ Shaharom Nizam Abd Manap, Pengarah SPRM Kedah. Majlis yang berlangsung di Dewan BCM Electronics ini turut dihadiri seramai 30 orang kakitangan BCM Electronics bagi melafaz IBR.

 

Encik Loh Hock Chiang, CEO BCM Electronics menyatakan bahawa majlis IBR pada hari ini adalah satu langkah inisiatif pencegahan bagi mengelakkan kakitangan BCM Electronics terjebak dengan jenayah rasuah.


Hit : 1993