Berita Pendidikan

SPRM Cawangan Langkawi Dekati Komuniti Setempat dalam Program Anti Rasuah

LANGKAWI, 26 Apr - SPRM Cawangan Langkawi mengambil inisiatif untuk menyebarluas mesej-mesej anti rasuah kepada komuniti setempat dengan mangadakan Program Anti Rasuah bertempat di Bazar Ramadhan Kuah, Langkawi.

Kempen anti rasuah yang diketuai oleh PPj Syed Aswadi Syed Soffian, Ketua Cawangan SPRM Cawangan Langkawi bersama pegawai dan kakitangan telah mengadakan edaran bahan kempen serta dialog bersama pengunjung.

Melalui program sebegini, masyarakat setempat dapat mengenali SPRM dengan lebih dekat lagi, manakala maklumat serta aduan dapat disalurkan kepada SPRM dengan lebih mudah lagi.

Turut hadir dalam program ini ialah PsK Izham Ibrahim serta pegawai-pegawai SPRM Cawangan Langkawi.


Hit : 188