Berita Terkini

Program Kerjasama Anti Rasuah Bersama Kedah Digital Library

ALOR SETAR, 25 Apr - SPRM Kedah bersama-sama Kedah Digital mengadakan usahasama dalam menyebarluas mesej-mesej anti rasuah kepada pelbagai lapisan masyarakat melalui ePoster Anti Rasuah pada skrin TV dan komputer di Kedah Digital Library sepanjang masa.

PKPj Wong Chiew Hoong, Timbalan Pengarah Pencegahan SPRM Kedah telah menyampaikan beberapa koleksi permainan SPRM yang terdiri daripada Board Game dan Jigsaw Puzzle yang ditempatkan di ruangan Playroom untuk mendidik para pelawat berkaitan bahaya rasuah dari peringkat awal.


Hit : 2974